30
Mar

Fenomena Kejadian Cahaya Aurora

Written by sofiniLfaLah88 3 comments Posted in:
Jika dilihat dari segi Sains dan Teknologi, kejadian aurora biasanya berlaku di lapisan atmosfera yang dikenali sebagai ionosfera. Ionosfera terletak di lapisan termosfera bumi dengan ketinggiannya dari aras bumi amnya bermula dari 90 hingga 1000 kilometer dari aras bumi (lebih tinggi daripada penerbangan jet udara).Zarah-zarah bercas dari sinar matahari yang lebih dikenali dengan angin suria bergerak pantas ke atmosfera bumi. Ia bergerak dengan kelajuan supersonic dari 300 ke 1000 km sesaat. Ia juga dikenali sebagai plasma kawasan angkasa bumi yang dikelilingi medan magnet dikenali sebagai magnetosfera. Kawasan ini akan berinteraksi dengan...
Read more
30
Mar

AURORA Cahaya Yang Menakjubkan

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:
TAHUKAH ANDA APA ITU CAHAYA AURORA? Aurora hanya boleh dilihat di latitude yang tinggi terutamanya di kawasan kutub seperti di Alaska , Iceland, Kanada dan Finland di kutub utara. Manakala di kutub selatan, aurora boleh dilihat di Australia dan Antartika. Sesiapa yang pernah berkunjung ke tempat-tempat itu jangan lepaskan peluang ye melihat cahaya aurora ni. Selalunya ia muncul pada musim sejuk. Aurora yang muncul di kutub utara dinamakan Cahaya Utara manakala di kutub selatan dinamakan Cahaya Selatan. Cahaya Utara juga popular dengan nama Aurora Borealis. Boreas dalam bahasa Yunani bermakana “angin utara”. Cahaya selatan juga...
Read more
29
Mar

Keajaiban Air

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:
Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya. Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin...
Read more
29
Mar

Kesan Hentaman Asteroid...

Written by sofiniLfaLah88 0 comments Posted in:
ASTEROID....memberi kesan yang begitu hebat. Lihat sahaja kesan hentaman asteriod pada permukaan bulan. Dengan menggunakan teleskop sederhana, kita akan mendapati permukaan bulan dipenuhi dengan kawah-kawah yang terhasil akibat hentaman asteroid dan meteor dari angkasa lepas. Permukaan bulan yang dipenuhi dengan kawah-kawah... Salah satu kawah terbesar berhampiran kutub selatan bulan mempunyai kedalaman hampir 14 kilometer, dan selebar 2500km. Ini mungkin adalah salah satu kawah terbesar yang diketahui manusia sehingga kini. Kajian terhadap kesan hentaman di permukaan bulan ini mungkin tidak begitu penting kepada manusia....
Read more
29
Mar

Bumi Akan Berlanggar ?

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:
Kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua tentang satu rencana yang telah saya baca dalam satu majalah sains Dewan Kosmik tentang bumi.....rencana yang saya baca ini adalah hasil nukilan Dr. Syed Yusainee Yahya,Pensyarah Fakulti Sains Gunaan,Universiti Teknologi Mara. Dalam agama Islam, percaya pada terjadinya hari kiamat adalah salah satu rukun iman. Setiap umat Islam wajib percaya bahawa pada suatu hari nanti seluruh alam semesta ini akan musnah dan tidak ada apa-apa yang tinggal kecuali ALLAH SWT, Tuhan semesta alam. Kenyataan ini tidak bertentangan denagn keadaan yang boleh diperhatikan dalam alam semesta ini. Sudah...
Read more
01
Mar

Keunikan Alam

Written by sofiniLfaLah88 2 comments Posted in:
Proses Kejadian Alam Dari Pandangan Al-Quran Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini. Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui...
Read more
28
Feb

Bumi

Written by sofiniLfaLah88 2 comments Posted in:
Bumi merupakan planet ketiga daripada sembilan planet dalam Sistem suria, Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera. Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud...
Read more
28
Feb

Sistem Suria Kita

Written by sofiniLfaLah88 2 comments Posted in:
Kepada para peminat alam cakerawala dunia, mesti suka meneroka ke alam ini kan? Dalam sistem suria inilah kita dapat mengetahui tentang planet-planet yang ada di alam angkasawan. Menggapai bintang pun sudah, sekarang mari kita jelajah ke alam sistem suria kita. Memang seronok jika kita sendiri dapat menjelajah sendiri ke dunia angkasawan. Di bawah ini saya kongsikan kepada anda tentang sistem suria kita dipetik dari http://www.freewebs.com/okeyhh1/astronomi.htm. Sistem Suria terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satu bintang yang dipanggil matahari dan dikelilingi oleh sembilan buah planet yang mempunyai orbit...
Read more
17
Feb

Mengenai Bintang

Written by sofiniLfaLah88 0 comments Posted in:
Panorama bintang di angkasa raya pada waktu malam memang indah. Cukup indah. Terutama apabila kita mengamatinya dengan penuh kesyukuran kepada Yang Maha PenciptaNYA Langit dan Bumi. Alangkah indahnya jua jika disulami dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Cahayanya yang bergemerlapan sungguh mengasyikkan setiap mata yang memandang. Bintang-bintang dan planet-planet terbentuk melalui pemampatan jirim-jirim gas dan debu di angkasa yang dinamakan "nebula". Kerana itu, nebula, sumber objek-objek angkasa ini, mempunyai peranan utama di cakerawala ini. Nebula tidak mempunyai cahaya sendiri seperti bintang. Oleh itu, sukar untuk melihatnya. Ia...
Read more
14
Feb

Alam Cakerawala Galaksi Bimasakti

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:
Bimasakti adalah merupakan nama bagi galaksi dimana terletaknya bumi kita. Galaksi Bimasakti ini sangat besar. Seperti galaksi-galaksi yang lain, Bimasakti ini juga mempunyai pusat galaksi. Jika kita mengamati langit pada malam hari, kita dapat melihat banyak bintang, nebula, dan gugusan bintang dilangit. Sebenarnya semua objek tersebut berada di dalam galaksi kita. Di beberapa bagian bintang nampak padat sehingga ketika langit cerah, dalam keadaan awan yang putih, dan keadaan sekitar yang gelap, kita dapat melihat pita berwarna putih yang memanjang dan melintasi beberapa rasi seperti Sagittarius (arah pusat Galaksi), Scorpius, Ophiucus,...
Read more
13
Feb

Menyingkap Rahsia Alam

Written by sofiniLfaLah88 0 comments Posted in:
Tahukah anda apa itu GALAKSI? Bile sebut tentang alam semesta mesti kite terbayangkan cakerawala2 di angkasa. Betapa indahnya langit ciptaan ALLAH. Kite harus bersyukur dengan segala ciptaan Allah.Dalam coretan saya yang pertama ini, saya akan kongsikan kepada semua apa itu alam semesta. Melalui pembacaan saya dalam buku yang dikarang oleh HARUN YAHYA, AN INVITATION TO THE TRUTH, dalam bab Keindahan Dilangit, kite dapat tahu dgn lbh mendalam tentang rahsia alam. GALAKSI Galaksi ni sebenarnya adalah gabungan berbilion bintang. Bintang ialah objek2 angkasa besar seperti matahari. Bumi dan bulan bukannya bintang. Terdapat tiga trilion...
Read more
13
Feb

Ahlan Wasahlan

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:
Selamat datang ke blog Lautan Permata Ilmu 2010 "Seputih Awan Seindah Mutiara" Al-Quran menyarankan kita memiliki sikap ingin tahu terhadap fenomena alam, memikirkan dan menyelidik objek ciptaan Allah SWT. Secara tidak langsung akan mewujudkan dimensi pendidikan yang lain seperti keseronokan belajar, memahami kepentingan belajar sains, belajar teknik berfikir otak seimbang, penyelidikan dan inovasi, menggunakan ilmu dan kemahiran selaras dengan keredhaan Allah, sains kerohanian dan lain-lai...
Read more

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria