Mengenai Bintang

Written by sofiniLfaLah88 0 comments Posted in:

Panorama bintang di angkasa raya pada waktu malam memang indah. Cukup indah. Terutama apabila kita mengamatinya dengan penuh kesyukuran kepada Yang Maha PenciptaNYA Langit dan Bumi. Alangkah indahnya jua jika disulami dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Cahayanya yang bergemerlapan sungguh mengasyikkan setiap mata yang memandang.



Bintang-bintang dan planet-planet terbentuk melalui pemampatan jirim-jirim gas dan debu di angkasa yang dinamakan "nebula". Kerana itu, nebula, sumber objek-objek angkasa ini, mempunyai peranan utama di cakerawala ini. Nebula tidak mempunyai cahaya sendiri seperti bintang. Oleh itu, sukar untuk melihatnya. Ia hanya dapat dilihat apabila gas dalamnya mengeluarkan cahaya atau jika ia memantulkan cahaya daripada bintang-bintang. Kita juga dapat melihatnya apabila ia dilintasi satu sumber cahaya.

Bintang memberikan kepanasan, cahaya dan tenaga. Selain daripada bintang-bintang kecil, terdapat juga bintang-bintang besar. Sebenarnya matahari bukan bintang utama seperti yang kita sangka; terdapat banyak bintang-bintang lebih besar daripadanya.

TAHUKAH ANDA BINTANG JUGA MEMPUNYAI JANGKA HAYAT SEPERTI BENDA HIDUP?



- Bintang bukan benda hidup, tetapi seperti juga benda hidup, mereka juga dilahirkan, hidup dan mati.

Sebuah bintang gergasi selalunya mati di dalam letupan besar, jirim-jirim yang membentuknya akan berselerakan ke serata arah. Daripada pecahan-pecahan ini, ia membentuk elemen-elemen yang menyebabkan kemusnahan bintang-bintang dan planet-planet kecil yang berdekatan. Matahari dan planet-planet di dalam Sistem Suria dan Bumi kita telah terbentuk berikutan letupan sebutir bintang gergasi pada masa silam. Semuanya kuasa Allah.

SUMBER RUJUKAN : KEINDAHAN DI LANGIT, HARUN YAHYA (AN INVITATION TO THE TRUTH)

0 comments:

Post a Comment

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria