Fenomena Kejadian Cahaya Aurora

Written by sofiniLfaLah88 3 comments Posted in:



Jika dilihat dari segi Sains dan Teknologi, kejadian aurora biasanya berlaku di lapisan atmosfera yang dikenali sebagai ionosfera. Ionosfera terletak di lapisan termosfera bumi dengan ketinggiannya dari aras bumi amnya bermula dari 90 hingga 1000 kilometer dari aras bumi (lebih tinggi daripada penerbangan jet udara).

Zarah-zarah bercas dari sinar matahari yang lebih dikenali dengan angin suria bergerak pantas ke atmosfera bumi. Ia bergerak dengan kelajuan supersonic dari 300 ke 1000 km sesaat. Ia juga dikenali sebagai plasma kawasan angkasa bumi yang dikelilingi medan magnet dikenali sebagai magnetosfera. Kawasan ini akan berinteraksi dengan angin suria yang dipenuhi oleh zarah-zarah bercas tersebut.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar bumi dilindungi zarah-zarah ini oleh medan magnet bumi kecuali di kawasan kutub, zarah-zarah ini bergerak hingga ke ruang atmosferanya. Angin suria ini sangat berkaitan dengan aktiviti matahari yang mempunyai kitaran setiap 11tahun.

Kehadiran tompok matahari dan nyalaan suria dan gangguan lain di matahari akan mempengaruhi angin suria ini. Zarah-zarah dengan tenaga tinggi ini, iaitu dari 1 hingga 100 kilo electron volt termendak dilapisan E atmosfera dan menghentam gas-gas di situ dan berlakunya pengionan (pembebasan electron dari atom dan molekul gas).

Tenaga yang tinggi terhasil daripada pengionan ini akan mengeluarkan cahaya. Kejadian ini boleh diandaikan seperti alur electron dari hujung tiub televisyen yang menghentam fostor di belakang dan menghasilkan cahaya yang boleh kita lihat di kaca televisyen.



KENAPAKAH KITA HANYA BOLEH MELIHAT AURORA DI LATITUD TINGGI ATAU DI KAWASAN KUTUB?

Untuk memahami kejadian ini, kita perlu memahami kewujudan medan magnet bumi (di magnetosfera). Garis-garis medan mengelilingi bumi seperti kehadiran bar magnet dwi kutub di dalamnya. Garis medan ini keluar dari bumi di hemisfera selatan dan masuk ke bumi di hemisfera utara.

Zarah-zarah tersebut akan bergerak dan terperangkap di medan magnet bumi ini. Zarah-zarah ini akan mengalami satu daya yang dikenali sebagai daya Lorentz yang menyebabkannya berpiling disekeliling garis medan tersebut. Zarah-zarah bertenaga tinggi yang terperangkap di medan magnet ini akan mencorong ke bawah sama ada ke kutub selatan atau utara yang mana garis medan tersebut keluar dan masuk.

Oleh itu, kesan pengionan yang menghasilkan cahaya hanya boleh dilihat di kawasan latitude tinggi. Ia akan kelihatan seperti bentuk gegelang jika dilihat dari bahagian kutub yang dikenali sebagai auroral oval.

Aurora boleh dilihat dalam pelbagai warna seperti warna hijau, ungu dan merah kerana berasal dari atom dan molekul nitrogen dan oksigen di angkasa. Warna ini bergantung pada jenis atom dan molekul yang terlibat dalam proses pengionan tersebut.

Read more

AURORA Cahaya Yang Menakjubkan

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:



TAHUKAH ANDA APA ITU CAHAYA AURORA?



Aurora hanya boleh dilihat di latitude yang tinggi terutamanya di kawasan kutub seperti di Alaska , Iceland, Kanada dan Finland di kutub utara. Manakala di kutub selatan, aurora boleh dilihat di Australia dan Antartika.

Sesiapa yang pernah berkunjung ke tempat-tempat itu jangan lepaskan peluang ye melihat cahaya aurora ni. Selalunya ia muncul pada musim sejuk.

Aurora yang muncul di kutub utara dinamakan Cahaya Utara manakala di kutub selatan dinamakan Cahaya Selatan. Cahaya Utara juga popular dengan nama Aurora Borealis. Boreas dalam bahasa Yunani bermakana “angin utara”. Cahaya selatan juga dikenali sebagai Aurora Australis dalam bahasa Yunani bermakna “di selatan”.

Aurora boleh dilihat dari bumi dengan jelas oleh mata manusia tanpa sebarang alat, terutamanya pada musim sejuk. Ini kerana waktu malam pada musim sejuk lebih gelap berbanding dengan waktu gelap pada musim panas. Langit mestilah cukup gelap untuk melihat kenadiran aurora, iaitu tanpa gangguan cahaya bulan dan lampu-lampu di jalanan.

SEJARAH SILAM

Oleh sebab aurora adalah kejadian semula jadi, maka ia telah dilihat sejak zaman dahulu oleh manusia yang menduduki kawasan kutub. Menurut cerita purbakala, aurora berasal daripada Bahasa Latin untuk fajar. Ia juga merupakan dewi fajar kepada hikayat Roman dan dalam puisi Latin.

Aurora juga banyak diperihalkan dalam cerita rakyat dengan pelbagai kepercayaan. Antaranya termasuklah bagi orang keturunan Scandinavia . Mereka menterjemahkan Cahaya Utara sebagai daging ikan hering. Mereka percaya cahaya yang dilihat itu adalah pembalikan cahaya di langit daripada sekawan ikan hering.

Aurora telah ditemui secara saintifik seawal kurun ke-17. Walau bagaimanapun, ia hanya direkodkan pada tahun 1859 oleh seorang ahli fizik Scotland, Balfour Steward (1828-1887) sewaktu berlakunya ribut magnet bumi.

(SUMBER RUJUKAN : DEWAN KOSMIK, PROFESOR MADYA IR. DR. MARDINA ABDULLAH,PENSYARAH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN SISTEM, FELO BERSEKUTU INSTITUT SAINS ANGKASA,UKM)

Read more

Keajaiban Air

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:



Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.

Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.



Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina.

Apabila air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit.

Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya:

1)

2)

3)

4)

5)

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya:

1)

2)

3)

4)

Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya.


(SUMBER : DARUSSYIFA' )

Read more

Kesan Hentaman Asteroid...

Written by sofiniLfaLah88 0 comments Posted in:



ASTEROID....memberi kesan yang begitu hebat.

Lihat sahaja kesan hentaman asteriod pada permukaan bulan. Dengan menggunakan teleskop sederhana, kita akan mendapati permukaan bulan dipenuhi dengan kawah-kawah yang terhasil akibat hentaman asteroid dan meteor dari angkasa lepas.



Permukaan bulan yang dipenuhi dengan kawah-kawah...




Salah satu kawah terbesar berhampiran kutub selatan bulan mempunyai kedalaman hampir 14 kilometer, dan selebar 2500km. Ini mungkin adalah salah satu kawah terbesar yang diketahui manusia sehingga kini.

Kajian terhadap kesan hentaman di permukaan bulan ini mungkin tidak begitu penting kepada manusia. Namun begitu, hentaman ini cukup kuat dan boleh menghasilkan serpihan batu-batu bulan yang terlepas dari medan graviti bulan dan akhirnya tiba di bumi. Batuan bulan ini mungkin tidak dikenali masyarakat biasa kecuali ole pakar-pakar ahli geologi atau ahli-ahli astronomi.

Berbeza dengan keadaan di bulan tadi, kesan hentaman daripada jasad-jasad angkasa lepas seperti asteroid ke atas bumi memerlukan perhatian yang lain. Bumi bernasib baik kerana diliputi lapisan atmosfera yang bertindak sebagai pertahanan yang cukup berkesan dalam menangkis hentaman jasad-jasad begini.

Walau bagaimanapun, masalah besar akan berlaku sekiranya batuan asteroid tadi cukup besar. Hal ini kerana batuan besar itu akan dapat menembusi lapisan atmosfera tadi dan sampai ke bumi.



Semenjak tahun 1991, ahli-ahli astronomi telah mengesan sembilan objek yang bergerak pada jarak kurang dari 800 000km dari bumi. Contohnya pada bulan MEI 1996, sebuah objek bersaiz kira-kira 300 meter lebar yang dikenali dengan kod SA1 berada hanya kira-kira 430 000 km dari bumu. Jarak ini hanyalah 1.2 kali ganda jarak bumu ke bulan. Selain itu kita juga menyedari bahawa terdapat hampir 1000 asteroid dengan lebar lebih kurang satu kilometer yang melintasi orbit bumi.

Asteroid ini walaupun kecil, tetapi masih mampu mengakibatkan kemusnahan menyeluruh sekiranya berlanggar dengan bumi. Kemusnahan dan malapetaka besar ini mungkin tidak berlaku dengan serta-merta. Debu-debu dan zarah-zarah halus yang terhasil akibat perlanggaran ini boleh menghalang kemasukan cahaya matahari dan seterusnya memutuskan rantaian makanan asasi dari timbuh-tumbuhan. Suhu bumi juga akan berubah yang menyebabkan pola cuaca menjadi kacau bilau. Dalam keadaan ini mungkin akan ada gurun yang mengalami banjir besar sementara kawasan lautan berubah menjadi gurun.

Salah satu fenomena hentaman kosmik sebegini pernah berlaku pada tahun 1908, dan masih tinggal sebagai misteri sehingga ke hari ini.

Read more

Bumi Akan Berlanggar ?

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:



Kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua tentang satu rencana yang telah saya baca dalam satu majalah sains Dewan Kosmik tentang bumi.....rencana yang saya baca ini adalah hasil nukilan Dr. Syed Yusainee Yahya,Pensyarah Fakulti Sains Gunaan,Universiti Teknologi Mara.

Dalam agama Islam, percaya pada terjadinya hari kiamat adalah salah satu rukun iman. Setiap umat Islam wajib percaya bahawa pada suatu hari nanti seluruh alam semesta ini akan musnah dan tidak ada apa-apa yang tinggal kecuali ALLAH SWT, Tuhan semesta alam. Kenyataan ini tidak bertentangan denagn keadaan yang boleh diperhatikan dalam alam semesta ini.



Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap situasi yang berlaku ada permulaannya. Sekiranya ada permulaan sudah tentu akan ada pengakhirannya. Walaupun dalam bidang Fizik, salah satu hukum asasnya menyatakan bahawa "tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, tetapi hanya berubah bentuk", tetapi berdasarkan hukum fizik juga menyatakan bahawa segala-galanya bermula dengan Peristiwa Letupan Besar (Big Bang) apabila konsep masa dan tenaga mula muncul.

Dalam hal ini umat Islam atau sainstis atau sesiapa sahaja yang percaya pada kewujudan Tuhan, tidak akan menolak peristiwa hari kiamat ini.

Sekiranya dikatakan peperangan senjata nuklear yang menyebabkan kemusnahan tamadun manusia, peristiwa itu tidak cukup besar sehingga boleh membawa keruntuhan alam semesta ini. Tentu ada satu peristiwa yang amat hebat, memusnahkan bumi, mengganggu keseimbangan graviti dalam sistem suria, galaksi Bimasakti dan akhirnya meranapkan alam semesta ini apabila galaksi-galaksi saling berlanggar antara satu dengan lain.

Dalam alam semesta yang sebegini luas, ruang angkasa lepas adalah ruang vakum. Yang dimaksudkan dengan ruang vakum ini adalah kawasan kosong yang tidak mempunyai sebarang objek, jasad atau jirim,. Walaubagaimanapun, alam semesta ini bukanlah ruang kosong dalam maksud yang sebenarnya.

Bumi,bulan,planet,asteroid dan bintang-bintang adalah jasad-jasad pejal yang berada di dalam ruang angkasa leopas ini. Objek-objek ini tidak sentiasa kekal berada di kedudukan yang tetap, tetapi sentiasa bergerak mengikut orbitnya masing-masing.

Sekiranya lintasan objek-objek ini boleh dicerap dan direkodkan, kita akan bertemu dengan satu fakta yang memeranjatkan !!

Lintasan-lintasan objek ini didapati bertindan antara satu dengan lain. Dengan kata lain, objek-objek ini berkemungkinan boleh bertembung sesama sendiri.

Contoh yang paling mudah adalah dengan merujuk kepada permukaan bulan. Hentaman asteroid memberi impak yang sangat hebat. Apatah lagi jika asteroid ini menghentam bumi. Bayangkanlah jika astreroid menghentam bumi apa akan jadi pada bumu kita.

Kita sebagai umat Islam yang beriman pada Allah hendaklah sentiasa ingat kepadaNYA. Dia yang menciptakan kita, dan kepadaNYA lah kita akan kembali. Kita hidup di dunia ini tidak akan kekal. Yang kekal ALLAH yang satu. Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Bagaimana terjadinya hari kiamat, ALLAH sahaja yang tahu.كن فيكون......

Read more

Keunikan Alam

Written by sofiniLfaLah88 2 comments Posted in:



Proses Kejadian Alam Dari Pandangan Al-Quran




Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.

Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hambaNya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
(al Anaam: 73)




Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?

Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta(Dr.Zakaria Awang Soh,1990)

~ Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang
wujud) tunggal.
~ Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
~ pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal
dan peningkatan jirim (ordering matter)

Perkataan "ratq" membawa maksud memadukan unsur-unsur menjadi satu jasad yang padu. Jasad yang padu inilah yang menjadi asal mula alam. Perkataan "fatq" membawa maksud dipisahkan atau dipecahkan. Jasad yang padu tadi kemudiannya melalui proses pemisahan. Bagaimana proses pemisahan itu tidak dapat dijelaskan. Jika dilihat kepada alam semesta yang wujud hari ini menggambarkan proses pemisahan ini berlaku dalam satu kuasa pemisahan yang sungguh hebat dan amat kuat.
Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap selepas dari pemishan itu.

Hal ini seperti yang disebut di dalam alQuraan yang bermaksud;

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati' Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." (Fushilat : 11-12)

Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam alQuraan:

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."
(AlQamar :49)

Manakala alam semesta yang diciptakan oleh Allah ini sentiasa mengembang atau keluasan alam ini sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Ini bermaksud segala apa yang ada di alam ini sentisa bertambah terhadap masa.

FirmanNya bermaksud:
"Dengan kemahiran dan kekuasaan Kami, Kami bangunkan langit dan Kami kembangkannya"
(Azariat : 4)

Sumber: Dipetik dari laman web : Science and Islam

Read more

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria