Menyingkap Rahsia Alam

Written by sofiniLfaLah88 0 comments Posted in:



Tahukah anda apa itu GALAKSI?

Bile sebut tentang alam semesta mesti kite terbayangkan cakerawala2 di angkasa. Betapa indahnya langit ciptaan ALLAH. Kite harus bersyukur dengan segala ciptaan Allah.
Dalam coretan saya yang pertama ini, saya akan kongsikan kepada semua apa itu alam semesta. Melalui pembacaan saya dalam buku yang dikarang oleh HARUN YAHYA, AN INVITATION TO THE TRUTH, dalam bab Keindahan Dilangit, kite dapat tahu dgn lbh mendalam tentang rahsia alam.

GALAKSI

Galaksi ni sebenarnya adalah gabungan berbilion bintang. Bintang ialah objek2 angkasa besar seperti matahari. Bumi dan bulan bukannya bintang. Terdapat tiga trilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi bersaiz sederhana, terdapat kira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara terdapat sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil.
Dalam petikan buku yang dikarang oleh Harun Yahya ini, ia mengatakan; Jika kamu menghabiskan seluruh masa kamu mengira, kamu masih gagal mengira semua bintang-bintang di angkasa. Allah, Pencipta alam ini, telah menjadikan angkasa tidak terbatas yang tidak dapat kamu bayangkan, dan Dia mengawal setiap titik cakerawala yang besar ini setiap masa. Allah mengetahui dan melihat setiap hidupan di dalam cakerawala yang besar ini, dan segala apa yang berlaku. Kuasa tidak terbatas Allah ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:

… dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap- tiap sesuatu. (Surah Ali 'Imran:29)

Di dalam galaksi-galaksi bersaiz sederhana atau besar, terdapat satu pusat galaksi. Sebenarnya disekeliling pusat galaksi ini terdapat objek2 angkasa yang berputar dengan kelajuan yang sangat besar. Objek2 ini terdiri daripada bintang2, gas dan awan2 debu.

Sebuah galaksi yang terkumpul daripada 100 bilion bintang-bintang adalah sebuah galaksi kecil, jangan lupa setiap bintang adalah sekurang-kurangnya sebesar matahari. Tambahan pula, terdapat planet-planet besar dan kecil seperti Bumi kita yang berputar mengelilingi semua bintang-bintang ini.
Renungan Bersama;

- Bolehkah berbilion-bilion bintang dapat berkumpul secara kebetulan di dalam keadaan yang tersusun?

- Bolehkah bintang-bintang ini secara spontan mengadakan satu aturan yang membolehkan mereka bergerak tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa yang lain (contohnya Bumi kita dan planet-planet lain)?

Sudah tentu mustahil. Ini bererti bahawa bintang-bintang yang berputar dengan kelajuan yang tinggi tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa yang lain sejak mula kewujudannya adalah satu petanda kewujudan Allah: Pencipta, Perancang, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam. Allah telah menjadikan banyak laluan untuk planet-planet, bintang-bintang dan komet-komet di angkasa. Semua objek-objek angkasa ini mengikut laluan mereka sendiri tanpa berlanggar dengan yang lain.

0 comments:

Post a Comment

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria