Sistem Suria Kita

Written by sofiniLfaLah88 2 comments Posted in:


Kepada para peminat alam cakerawala dunia, mesti suka meneroka ke alam ini kan? Dalam sistem suria inilah kita dapat mengetahui tentang planet-planet yang ada di alam angkasawan. Menggapai bintang pun sudah, sekarang mari kita jelajah ke alam sistem suria kita. Memang seronok jika kita sendiri dapat menjelajah sendiri ke dunia angkasawan.

Di bawah ini saya kongsikan kepada anda tentang sistem suria kita dipetik dari http://www.freewebs.com/okeyhh1/astronomi.htm.

Sistem Suria terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satu bintang yang dipanggil matahari dan dikelilingi oleh sembilan buah planet yang mempunyai orbit berbentuk bujur. Sistem Suria dipercayai terbentuk sekitar 4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk di angkasa yang membentuk matahari dan kemudiannya planet-planet yang lain kecuali planet Pluto.

Sistem suria dikekalkan oleh daya graviti matahari dan sempadan sistem suria, yang mempunyai garis pusat setahun kelajuan cahaya, ditanda oleh taburan komet yang dipanggil awan Oort. Terdapat satu lagi awan Oort berbentuk piring dibahagian dalam sistem suria yang dikenali sebagai awan Oort dalam.

Disebabkan oleh orbit planet yang membujur, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahari planet di orbit berubah mengikut kedudukan.



Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
57.9 juta kilometer ke Utarid,
108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
149.6 juta kilometer ke Bumi,
227.9 juta kilometer ke Marikh,
778.3 juta kilometer ke Musytari,
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.



*Penemuan terbaru telah menyedarkan para saintis yang Pluto lebih menyerupai objek seperti Lingkaran Kuiper. Justeru, sesetengah pakar astronomi tidak menganggap Pluto sebagai sebuah planet. Bagaimanapun secara rasminya Pluto masih dianggap dan disenaraikan sebagai sebuah planet.

Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang..

2 comments:

  1. sofiniLfaLah88

    Bumi adalah planet ke-3 dalam sistem suria selepas zuhrah..=)

    February 28, 2010 at 8:49 AM
  2. Unknown

    Apakah planet terkecil..Pluto atau mercury..

    February 12, 2021 at 7:54 AM

Post a Comment

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria