Kesan Hentaman Asteroid...

Written by sofiniLfaLah88 0 comments Posted in:



ASTEROID....memberi kesan yang begitu hebat.

Lihat sahaja kesan hentaman asteriod pada permukaan bulan. Dengan menggunakan teleskop sederhana, kita akan mendapati permukaan bulan dipenuhi dengan kawah-kawah yang terhasil akibat hentaman asteroid dan meteor dari angkasa lepas.



Permukaan bulan yang dipenuhi dengan kawah-kawah...




Salah satu kawah terbesar berhampiran kutub selatan bulan mempunyai kedalaman hampir 14 kilometer, dan selebar 2500km. Ini mungkin adalah salah satu kawah terbesar yang diketahui manusia sehingga kini.

Kajian terhadap kesan hentaman di permukaan bulan ini mungkin tidak begitu penting kepada manusia. Namun begitu, hentaman ini cukup kuat dan boleh menghasilkan serpihan batu-batu bulan yang terlepas dari medan graviti bulan dan akhirnya tiba di bumi. Batuan bulan ini mungkin tidak dikenali masyarakat biasa kecuali ole pakar-pakar ahli geologi atau ahli-ahli astronomi.

Berbeza dengan keadaan di bulan tadi, kesan hentaman daripada jasad-jasad angkasa lepas seperti asteroid ke atas bumi memerlukan perhatian yang lain. Bumi bernasib baik kerana diliputi lapisan atmosfera yang bertindak sebagai pertahanan yang cukup berkesan dalam menangkis hentaman jasad-jasad begini.

Walau bagaimanapun, masalah besar akan berlaku sekiranya batuan asteroid tadi cukup besar. Hal ini kerana batuan besar itu akan dapat menembusi lapisan atmosfera tadi dan sampai ke bumi.



Semenjak tahun 1991, ahli-ahli astronomi telah mengesan sembilan objek yang bergerak pada jarak kurang dari 800 000km dari bumi. Contohnya pada bulan MEI 1996, sebuah objek bersaiz kira-kira 300 meter lebar yang dikenali dengan kod SA1 berada hanya kira-kira 430 000 km dari bumu. Jarak ini hanyalah 1.2 kali ganda jarak bumu ke bulan. Selain itu kita juga menyedari bahawa terdapat hampir 1000 asteroid dengan lebar lebih kurang satu kilometer yang melintasi orbit bumi.

Asteroid ini walaupun kecil, tetapi masih mampu mengakibatkan kemusnahan menyeluruh sekiranya berlanggar dengan bumi. Kemusnahan dan malapetaka besar ini mungkin tidak berlaku dengan serta-merta. Debu-debu dan zarah-zarah halus yang terhasil akibat perlanggaran ini boleh menghalang kemasukan cahaya matahari dan seterusnya memutuskan rantaian makanan asasi dari timbuh-tumbuhan. Suhu bumi juga akan berubah yang menyebabkan pola cuaca menjadi kacau bilau. Dalam keadaan ini mungkin akan ada gurun yang mengalami banjir besar sementara kawasan lautan berubah menjadi gurun.

Salah satu fenomena hentaman kosmik sebegini pernah berlaku pada tahun 1908, dan masih tinggal sebagai misteri sehingga ke hari ini.

0 comments:

Post a Comment

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria