Alam Cakerawala Galaksi Bimasakti

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:

Bimasakti adalah merupakan nama bagi galaksi dimana terletaknya bumi kita. Galaksi Bimasakti ini sangat besar. Seperti galaksi-galaksi yang lain, Bimasakti ini juga mempunyai pusat galaksi. Jika kita mengamati langit pada malam hari, kita dapat melihat banyak bintang, nebula, dan gugusan bintang dilangit. Sebenarnya semua objek tersebut berada di dalam galaksi kita.

Di beberapa bagian bintang nampak padat sehingga ketika langit cerah, dalam keadaan awan yang putih, dan keadaan sekitar yang gelap, kita dapat melihat pita berwarna putih yang memanjang dan melintasi beberapa rasi seperti Sagittarius (arah pusat Galaksi), Scorpius, Ophiucus, Aquila, Cassiopeia, Auriga, Crux, dan Centaurus. Bimasakti ini berbentuk seperti pusar, dan seperti dua buah piring cekung yang ditangkupkan, bagian tengahnya tebal dan semakin pipih ke arah tepi. Galaksi kita termasuk dalam kategori galaksi spiral.


GAMBAR SEBELAH KIRI: INI ADALAH GAMBAR GALAKSI BIMASAKTI PADA MALAM HARI. SUMBER : AXEL MELLINGER

Untuk pengetahuan semua, galaksi adalah tempat berkumpulnya bintang-bintang di alam semesta. Matahari termasuk di antara 200 juta bintang di Galaksi Bimasakti. Diandaikan bahawa berat bintang di Galaksi adalah sebesar berat Matahari, maka berat Galaksi dapat mencapai 2 x 10^11 berat Matahari (berat Matahari adalah 2 x 10^30 kg), (Sumber: http://duniaastronomi.com).


GAMBAR ATAS: GAMBARAN GALAKSI BIMASAKTI TERBARU . SUMBER: NASAR/JPL-Caltech

Galaksi spiral tersusun atas 3 bagian utama, iaitu bagian bulge, halo, dan piring. Ketiga-tiga bahagian ini memiliki bentuk, ukuran, dan objek yang mengelilinginya yang berbeza-beza. Bagian bulge adalah daerah di galaksi yang mempunyai kepadatan bintang paling tinggi. Bulge ini berbentuk elips seperti bola rugby. Bintang-bintang di dalamnya bergerak dengan kelajuan yang tinggi.
Komponen kedua adalah halo. Ia berbentuk seperti bola, ukuran komponen ini sangat besar hingga melingkupi bulge dan piring. Objek yang mengelilingi halo dibahagi kepada dua bahagian, iaitu stellar halo dan dark halo. Yang dimaksudkan dengan stellar halo adalah bintang-bintang yang berada di bagian halo.
Di bagian piring terdapat bintang-bintang muda serta gas dan debu yang terletak di antara spiral. Gas adalah bahan utama pembentuk bintang.


GAMBAR SEBELAH KANAN: GALAKSI BIMASAKTI DALAM PANJANG GELOMBANG INFRA MERAH. SUMBER: NASA-LAMBDA

Tahukah anda berapakah besar galaksi kita?

Di bahagian pusat Galaksi, bulge hanya memiliki diameter 6 kpc dan tebal 4 kpc (kpc = kiloparsek, 1 parsek = 3,26 tahun cahaya = 206265 SA = 3,086 x 10^13 km). Jarak dari pusat hingga ke bagian tepi Galaksi adalah 15 kpc dengan ketebalan hampir sebesar 300 pc. Sedangkan Matahari berada pada jarak 8 kpc dari pusat. Di posisi itu, Matahari sedang bergerak mengelilingi pusat Galaksi dalam bentuk orbit. Laju orbitnya adalah sekitar 250 km/detik sehingga matahari memerlukan waktu 220 juta tahun untuk mengelilingi pusat galaksi ini dalam satu putaran lengkap.

Bayangkanla Bimasakti ini telah mengekalkan bentuk dan pergerakannya selama berbilion-bilion tahun tanpa berlaku sebarang perlanggaran, walaupun bintang-bintang di dalamnya beredar dengan kelajuan yang hebat.

Bagaimana pun, mustahil bagi bintang-bintang ini untuk membentuk bentuk-bentuk seperti ini dengan sendiri. Mustahil juga untuk mereka mencapai persepakatan; untuk beratur dengan cara yang paling tepat dan bergerak dengan cara paling tersusun. Tidak mungkin juga undang-undang yang mengatur bintang-bintang ini membentuk dengan sendirinya.

Dalam satu analogi yang ditulis oleh HARUN YAHYA, dalam bukunya yang bertajuk AN INVITATION TO THE TRUTH ;

“ Fikirkan tentang batu-batu di taman kamu! Bolehkah batu-batu ini membuat keputusan dan berkata, "Biar sebahagian daripada kita membentuk bahagian pusat dan yang lain mengambil posisi di bahagian lain, dan kemudian berpusing di dalam taman secara berterusan"? Apakah kamu akan percaya seorang yang menyatakan telah mendengar batu-batu bercakap sesama mereka dengan cara ini? Sudah tentu tidak. Begitu juga, jika menyatakan Bimasakti ini wujud secara kebetulan dan bintang-bintang bergerak dengan sendirinya, ia amat lucu seperti contoh batu-batu di taman. Jangan lupa, objek-objek angkasa ini bukan benda hidup, ia benda tidak bernyawa seperti batu-batu di taman. ”

Justeru tidak ada kuasa lain selain daripada Allah yang berupaya menjadikan berbilion-bilion bintang gergasi di dalam cakerawala yang teratur ini. Allah menjadikan mereka dan undang-undang yang mengawal mereka. Mereka semua bersaksi dengan kekuasaan dan pentadbiran Allah ke seluruh alam semesta ini. Kerana itu, setiap cebis maklumat yang kita pelajari tentang alam ini mengingatkan kita kepada kewujudan Allah dan penciptaannya. Dengan cara ini, Allah juga menunjukkan kepada kita kebijaksanaan dan pengetahuan-Nya.

1 comments:

  1. uriquahaberman

    Casinos with the best slot machines - Dr.MCD
    You can 제주도 출장샵 also play the 오산 출장안마 best online slots for free, but 강릉 출장안마 you also need to consider 삼척 출장마사지 the volatility of the roulette table at the dealer's table. 창원 출장안마

    March 4, 2022 at 1:01 PM

Post a Comment

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria