AURORA Cahaya Yang Menakjubkan

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:



TAHUKAH ANDA APA ITU CAHAYA AURORA?



Aurora hanya boleh dilihat di latitude yang tinggi terutamanya di kawasan kutub seperti di Alaska , Iceland, Kanada dan Finland di kutub utara. Manakala di kutub selatan, aurora boleh dilihat di Australia dan Antartika.

Sesiapa yang pernah berkunjung ke tempat-tempat itu jangan lepaskan peluang ye melihat cahaya aurora ni. Selalunya ia muncul pada musim sejuk.

Aurora yang muncul di kutub utara dinamakan Cahaya Utara manakala di kutub selatan dinamakan Cahaya Selatan. Cahaya Utara juga popular dengan nama Aurora Borealis. Boreas dalam bahasa Yunani bermakana “angin utara”. Cahaya selatan juga dikenali sebagai Aurora Australis dalam bahasa Yunani bermakna “di selatan”.

Aurora boleh dilihat dari bumi dengan jelas oleh mata manusia tanpa sebarang alat, terutamanya pada musim sejuk. Ini kerana waktu malam pada musim sejuk lebih gelap berbanding dengan waktu gelap pada musim panas. Langit mestilah cukup gelap untuk melihat kenadiran aurora, iaitu tanpa gangguan cahaya bulan dan lampu-lampu di jalanan.

SEJARAH SILAM

Oleh sebab aurora adalah kejadian semula jadi, maka ia telah dilihat sejak zaman dahulu oleh manusia yang menduduki kawasan kutub. Menurut cerita purbakala, aurora berasal daripada Bahasa Latin untuk fajar. Ia juga merupakan dewi fajar kepada hikayat Roman dan dalam puisi Latin.

Aurora juga banyak diperihalkan dalam cerita rakyat dengan pelbagai kepercayaan. Antaranya termasuklah bagi orang keturunan Scandinavia . Mereka menterjemahkan Cahaya Utara sebagai daging ikan hering. Mereka percaya cahaya yang dilihat itu adalah pembalikan cahaya di langit daripada sekawan ikan hering.

Aurora telah ditemui secara saintifik seawal kurun ke-17. Walau bagaimanapun, ia hanya direkodkan pada tahun 1859 oleh seorang ahli fizik Scotland, Balfour Steward (1828-1887) sewaktu berlakunya ribut magnet bumi.

(SUMBER RUJUKAN : DEWAN KOSMIK, PROFESOR MADYA IR. DR. MARDINA ABDULLAH,PENSYARAH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN SISTEM, FELO BERSEKUTU INSTITUT SAINS ANGKASA,UKM)

1 comments:

  1. TOREQP84

    saye terbaca dalam 1 novel mengenai aurora, the northern light, tapi x sangka pulak aurora tu wujud betul2. saya x sangka baca novel pun boleh mendapat ilmu. ingatkan perkayakan bahasa sahaja

    November 3, 2010 at 10:45 PM

Post a Comment

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria