Bumi

Written by sofiniLfaLah88 2 comments Posted in:



Bumi merupakan planet ketiga daripada sembilan planet dalam Sistem suria, Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70°C sehingga 55°C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari.

Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta kmkilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air.

Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.



Geografi

Pembahagian geografi: Benua

Keluasan:
• Keseluruhan: 510.073 juta km2
• Daratan: 148.94 million km2 (29.2%)
• Lautan: 361.132 million km2 (70.8%)

Sempadan daratan: 251,480.24 km

Persisiran pantai: 356,000 km

2 comments:

  1. NurAsh

    gambaran bumi melalui satelit sekarang mcm mana kila? seindah dulu ke?

    lapisan ozon dia pula mcm mana sekarang? huhu

    March 20, 2010 at 4:31 AM
  2. sofinil

    ekin, gambaran bumi melalui satelit sekarang lain daripada dulu, sebab lapisan ozon sekarang semakin nipis, bumi semakin panas...
    InsyaAllah nanti kita paparkan kt ekin keadaan bumi sekarang..

    March 30, 2010 at 2:20 PM

Post a Comment

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria