Bumi Akan Berlanggar ?

Written by sofiniLfaLah88 1 comments Posted in:



Kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua tentang satu rencana yang telah saya baca dalam satu majalah sains Dewan Kosmik tentang bumi.....rencana yang saya baca ini adalah hasil nukilan Dr. Syed Yusainee Yahya,Pensyarah Fakulti Sains Gunaan,Universiti Teknologi Mara.

Dalam agama Islam, percaya pada terjadinya hari kiamat adalah salah satu rukun iman. Setiap umat Islam wajib percaya bahawa pada suatu hari nanti seluruh alam semesta ini akan musnah dan tidak ada apa-apa yang tinggal kecuali ALLAH SWT, Tuhan semesta alam. Kenyataan ini tidak bertentangan denagn keadaan yang boleh diperhatikan dalam alam semesta ini.



Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap situasi yang berlaku ada permulaannya. Sekiranya ada permulaan sudah tentu akan ada pengakhirannya. Walaupun dalam bidang Fizik, salah satu hukum asasnya menyatakan bahawa "tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, tetapi hanya berubah bentuk", tetapi berdasarkan hukum fizik juga menyatakan bahawa segala-galanya bermula dengan Peristiwa Letupan Besar (Big Bang) apabila konsep masa dan tenaga mula muncul.

Dalam hal ini umat Islam atau sainstis atau sesiapa sahaja yang percaya pada kewujudan Tuhan, tidak akan menolak peristiwa hari kiamat ini.

Sekiranya dikatakan peperangan senjata nuklear yang menyebabkan kemusnahan tamadun manusia, peristiwa itu tidak cukup besar sehingga boleh membawa keruntuhan alam semesta ini. Tentu ada satu peristiwa yang amat hebat, memusnahkan bumi, mengganggu keseimbangan graviti dalam sistem suria, galaksi Bimasakti dan akhirnya meranapkan alam semesta ini apabila galaksi-galaksi saling berlanggar antara satu dengan lain.

Dalam alam semesta yang sebegini luas, ruang angkasa lepas adalah ruang vakum. Yang dimaksudkan dengan ruang vakum ini adalah kawasan kosong yang tidak mempunyai sebarang objek, jasad atau jirim,. Walaubagaimanapun, alam semesta ini bukanlah ruang kosong dalam maksud yang sebenarnya.

Bumi,bulan,planet,asteroid dan bintang-bintang adalah jasad-jasad pejal yang berada di dalam ruang angkasa leopas ini. Objek-objek ini tidak sentiasa kekal berada di kedudukan yang tetap, tetapi sentiasa bergerak mengikut orbitnya masing-masing.

Sekiranya lintasan objek-objek ini boleh dicerap dan direkodkan, kita akan bertemu dengan satu fakta yang memeranjatkan !!

Lintasan-lintasan objek ini didapati bertindan antara satu dengan lain. Dengan kata lain, objek-objek ini berkemungkinan boleh bertembung sesama sendiri.

Contoh yang paling mudah adalah dengan merujuk kepada permukaan bulan. Hentaman asteroid memberi impak yang sangat hebat. Apatah lagi jika asteroid ini menghentam bumi. Bayangkanlah jika astreroid menghentam bumi apa akan jadi pada bumu kita.

Kita sebagai umat Islam yang beriman pada Allah hendaklah sentiasa ingat kepadaNYA. Dia yang menciptakan kita, dan kepadaNYA lah kita akan kembali. Kita hidup di dunia ini tidak akan kekal. Yang kekal ALLAH yang satu. Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Bagaimana terjadinya hari kiamat, ALLAH sahaja yang tahu.كن فيكون......

1 comments:

  1. Anonymous

    Online casino site for real money - Lucky Club
    Online casino site for real money - Lucky Club. Live casino online with real money, casino games, free casino games and 카지노사이트luckclub much more - all under one roof!

    February 2, 2022 at 5:20 PM

Post a Comment

My BLog ViDeo .....

*********************************************************

Foto-foto Cahaya Aurora

Sistem Suria